Monday 17 September 2012

kehidupan yg punah

tersepit diantara dua yang kusanjungi. yang ku rasa sebahgian dalam jiwaku. yang ku rasa sudah serasi dalam jiwaku. pada mula bermacam-macam dugaan datang. memang bagaikan duri menyucuk. bagaikan pisau menghiris. bagaikan tukulbesi menghentak kepalaku. menahan fitnah. menahan tohmahan. menahan hinaan. menahan segala-galanya. ku harungi dengan tenang. dengan tabah. ku redah walaupon sakit. ku tahu semua ini adalah takdir illahi. hinggalah sekarang. pejam celek mataku dah 5 tahun. adakala hatiku tenang. setenang air ditasik. seronok sungguhku rasa. beginilah aku hendak sebenarnya. adakala hati terbuku. sakit. aku tak tahu kenapa tak dapat rasa macam orang lain yang sama dengan aku. mereka gembira tak ada masalah. hidup bersama memahami masing2. berterusterang bersama. ikhlas bersama. aku ingin hidup macam mereka. entah bila?

kadang2 aku mengaku salahku. banyak salahku hingga mereka menangis. mereka penat dengan kerenahku. aku negatif. aku cemburu. semua berlaku spontan. aku tak tahu kenapa aku macamni. aku tak daya mengawal perasaanku. aku dengan ke egoanku. masa yang kritikal jika berlaku sesuatu bertegelagah jiwaku dan fikiranku jadi ganas. aku tak terdaya berfikir rasional. telingaku panas. hatiku tak boleh disejukan masa itu. taktau kenapa. mungkin diantara kami masing2 nak menang. taknak mengalah. itu yang sebenarnya ku rasa.

sudah 5 tahun ku kecapi semua ini. pada diriku pengalaman demi pengalamanku rasa. aku kumpul semua untuk jadikan tunjuk ajar seterusnya. ku juga mengaharap mereka juga berfikiran macam aku. tapi harapan ku tak menjadi. masing2 masih lagi macam dulu. tak perlulah aku ungkit apa yang perlu dibuat. aku tersepit diantara...cinta, kasihsayang, pengorbanan dan kejujuran.


aku tak tahu perjalanan takdirku sampai mana. adakah akan terkandas sebelum ajalku. ku pohon ampon kemaafan sekira aku menyakiti hati dan perasaan kamu sekelian. aku masih belajar kehidupan yang sebegini. sungguh rumit ku rasa. imbas kembali detik2 sejarahku. aku tak fikir panjang. aku redah. aku redah kerana takdirku begini.


mungkinkah kita terkandas disini. sudah tak tahan dengan dugaan dari ALLAH. aku redho. ni juga kehendakNya. sebak juga hatiku. semua sudah berlalu. pada diriku hanya satu ku pegang. "kalau takut ditelan badai usah dirikan rumah ditepi pantai".